Tentang Kami


Kami komited dalam melaksanakan tanggungjawab kami sebagai pengeluar produk kesihatan yang memberi perubahan kepada kecantikan dan kesihatan pelanggan – pelanggan kami

Komited

Kami komited dalam memberi yang terbaik kepada pelanggan pelanggan kami supaya mereka terus menyokong usaha kami. Semuanya demi pelanggan

Halal

Kami menggunakan bahan bahan semulajadi yang diyakini halal. Kami sangat menitik berat mengenai penggunaan bahan di dalam produk-produk kami

Berteknologi

Bahan-bahan yang digunakan di dalam produk-produk kami adalah bahan-bahan semulajadi yang berteknologi terkini dan di R&D mengikut kesesuaian pengguna

Cerita kami

FR Qaseh Marketing Sdn Bhd telah didaftarkan pada 15 Januari 2014, pada mulanya dikenali sebagai FR Qaseh Enterprise dengan kekuatan pekerja hanya tiga orang sahaja.  Menjelang 2017, dengan perancangan dan strategi yang tidak pernah kenal erti putus asa, syarikat makin berkembang pesat dan tertubuhlah FR Qaseh Marketing Sdn Bhd.  Dalam masa yang sama, syarikat telah menambah bilangan pekerja untuk menampung permintaan pasaran yang semakin tinggi.

Sejajar dengan saranan kerajaan, perkembangan teknologi serta kemudahan yang sedia ada, syarikat telah melebarkan sayapnya dengan berbekalkan perancangan perniagaan yang terancang dan jitu.  Malah kami yakin untuk terus mengorak langkah terus ke hadapan untuk membina syarikat milikan anak tempatan yang mampu melakar daya saing yang tinggi di pentas antarabangsa dan global.

Pada tahun 2019, FR Qaseh Marketing Sdn Bhd telah menambah pekerja seramai 3 orang lagi untuk melebarkan lagi sayap perniagaan.  Dengan pertambahan kekuatan pekerja dapat meningkatkan lagi mutu jualan serta pemasaran syarikat.  Semakin hari, semakin ramai kekuatan pekerja yang ada untuk memastikan visi serta misi syarikat tercapai.  FR Qaseh Marketing Sdn Bhd menghasilkan serta membekalkan minuman dan barangan kesihatan untuk lelaki dan wanita dengan herba semulajadi tanpa menggunakan steroid dan bahan terlarang.  FR Qaseh Marketing Sdn Bhd membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti masalah kulit dan kecantikan, ketidaksuburan, masalah selepas bersalin dan masalah kesihatan warga emas dan sebagainya yang mana faktor ini menyumbang kepada statistik yang tinggi bagi tekanan, penceraian dan lain-lain lagi.

Pengasas

Faizul Bin Rohban Ahmad

• Meminati tumbuhan herba bermula tahun 2013, mula menanam dan mencari hasil-hasil herba sambil membaca buku-buku herba.

• Pada tahun 2014, beliau mengeluarkan produk kesihatan berasaskan herba seperti Tongkat Ali, Serapat, Manjakani dan lain-lain lagi untuk golongan dewasa iaitu minuman Arjuna Kaseh dan Manja Kaseh.

• Pada tahun 2017, beliau mula meneroka pasaran kosmetik Malaysia yang berasaskan kunyit putih sebagai bahan aktif di dalam set penjagaan wajah.  Pada tahun 2019, beliau mula menjalinkan kerjasama secara serius dalam menghasilkan produk kosmetik yang selamat serta berasaskan alam semulajadi dengan tunjuk ajar pihak UUM yang diketuai oleh Dr Risyawati.

• Pada tahun 2020, beliau mengetuai delegasi syarikat dengan menandatangani Perjanjian Penyelidikan dengan UUM bagi mengkaji kebaikan kunyit putih pada manusia.  Serentak itu kami mula menjalankan kerja-kerja penyemaian dan penanaman kunyit putih berimpak tinggi.

• Cita-cita beliau ingin memastikan rakyat Malaysia sihat serta selamat dengan menggunakan produk-produk yang selamat serta melalui penyelidikan (RND)

 

norbaizura Binti Ibrahim

• Mempunyai Diploma Makmal Perubatan menjadi salah satu pemangkin bagi beliau untuk terlibat di dalam Industri Kesihatan dan Kecantikan.

• Sewaktu beliau masih belajar dan menjalankan latihan di hospital, beliau menemukan banyak masalah-masalah kesihatan rakyat Malaysia melibatkan pengambilan produk-produk yang tidak selamat serta set penjagaan wajah yang beracun.

• Bermula dari situ cita-cita tidak pernah padam dalam usaha membina modal insan terutama golongan wanita agar faham dan tahu tentang produk-produk yang mereka ingin gunakan.  Langkah awal bermula apabila tertubuhnya syarikat FR Qaseh Marketing Sdn. Bhd pada tahun 2014 dengan mengeluarkan produk minuman kesihatan Arjuna Kaseh dan Manja Kaseh.  Setelah itu pada tahun 2017, pengeluaran produk penjagaan wajah yang berasaskan alam semulajadi iaitu Kaseh Skincare terlaksana.