OEM

Bina Jenama Produk Anda Bersama Kami

Original Equipment Manufacturer atau lebih dikenali sebagai OEM membawa maksud sebuah kilang yang mengeluarkan sesuatu produk untuk pengasas produk / founder di bawah jenama mereka sendiri. Setiap kilang OEM yang berdaftar di bawah KKM, perlu mematuhi segala peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) atau dikenali juga sebagai National Pharmaceutical Regulatory Agency.

Kilang FR Qaseh yang berpusat di Halal Park, Sg Petani Kedah mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk membuat sampel produk bagi setiap produk OEM yang dimohon oleh para pelanggan / pengasas.

Pasukan R & D (Penyelidik & Pembangunan) kilang yang berpengalaman akan membantu para pelanggan/ pengasas untuk :-

  • Memberi penerangan mengenai kelebihan produk dan membuat perbincangan mengenai penggunaan bahan mentah yang sesuai untuk digunakan.
  • Menyediakan sampel kepada pelanggan dengan menggunakan formulasi baru atau boleh diubahsuai mengikut kehendak pelanggan/ pengasas.
  • Memproses produk dari bahan mentah sehingga siap termasuk proses pembungkusan.
  • Membantu pelanggan / pengasas sehingga mendapat kelulusan NOT/ MAL dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga memperoleh sijil Halal.

Perkhidmatan Kami

Sebagai pengeluar OEM, produk yang dihasilkan dibuat mengikut spesifikasi pelanggan. Pakar professional OEM kami akan membantu para pelanggan untuk membangun dan meluaskan produk kosmetik, penjagaan kulit wajah dan penjagaan diri melalui perkhidmatan pengilangan OEM yang dijalankan. Fasiliti pengilangan & ujian makmal akan dijalankan mengikut piawai yang telah ditetapkan untuk memastikan kajian & pembangunan produk yang dijalankan adalah yang terbaik bagi mengekalkan daya saing produk di pasaran.

FR Qaseh Marketing Sdn. Bhd. telah membina barisan pengeluaran dalaman untuk memproses produk yang menggabungkan teknologi canggih dengan kapasiti pengeluaran yang tinggi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk kosmetik. Pelaksanaan proses pengeluaran yang merangkumi penerimaan bahan, pemprosesan dan pembungkusan kepada pemasaran dilaksanakan dengan mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

“Kami mempunyai pakar R & D dalam pembangunan formulasi produk kosmetik, penjagaan diri dan juga penjagaan kulit wajah. Kami menawarkan kepada anda pelbagai produk yang inovatif mengikut trend pasaran masa kini samada produk yang sediada atau menggantikan produk semasa anda. Kami membangunkan segalanya untuk anda. Perkhidmatan OEM kami merangkumi” :-

Kosmetik & Penjagaan Kulit

personal-care-products

Produk Penjagaan Diri

Pembungkusan

info Perhidmatan Yang Ditawarkan

Kosmetik & Penjagaan Kulit

Semakin ramai orang secara beransur-ansur menyedari kepentingan penjagaan kecantikkan diri. Pembersihan, penghidratan dan anti-penuaan perlu dijaga dalam penjagaan muka biasa. Kulit muka manusia akan sentiasa terdedah kepada matahari dan persekitaran yang tercemar secara langsung. Bagi mengatasi masalah pada kulit wajah kami sangat menitikberatkan penggunaan bahan yang berkualiti tinggi dalam pengeluaran produk penjagaan diri. Kami menggunakan 100% bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia dalam setiap pengeluaran produk yang dihasilkan. Ini bagi menjamin produk yang dihasilkan diformulasikan dari bahan berkualiti yang dijamin halal, bersih, suci dan selamat.

Jenis Produk Penjagaan Kulit:

• KRIM SIANG & KRIM MALAM
• TONER
• SERUM
• GEL PEMBERSIH
• BUIH PEMBERSIH
• SCRUB
• LAIN-LAIN SEPERTI YANG DIMINTA

Jenis produk kosmetik:

• ASAS CECAIR
• BB CREAM
• KRIM CC
• PERLINDUNGAN MATAHARI (SUNBLOCK)
• LAIN-LAIN SEPERTI YANG DIMINTA

Antara produk penjagaan diri adalah :-

• SEMBURAN MULUT (mouth spray)
• GEL MANDIAN
• LOSYEN BADAN
• SCRUB BADAN
• SABUN BADAN
• JEL MANDIAN
• BOM MANDIAN
• PENCUCI TANGAN
• KRIM TANGAN
• SYAMPU RAMBUT
• PERAPI RAMBUT
• LAIN-LAIN SEPERTI YANG DIMINTA

Selain dari penjagaan kecantikkan diri, penjagaan diri juga menjadi hal utama yang perlu diberi keutaaman dalam aspek kebersihan diri. Bagi menghasilkan produk penjagaan diri yang selamat dan halal untuk digunakan, sudah tentu pemilihan bahan mentah yang berkualiti dan bersih adalah menjadi pemilihan utama kami.

Kami akan mencampur dan memadankan dengan pelbagai jenis bahan asas dan bahan mentah untuk memenuhi permintaan pasaran. Sebagai pengeluar penjagaan kulit, kami memahami setiap keperluan pelanggan dan sentiasa meningkatkan penggunaan teknologi dan kemahiran kami dalam menghasilkan produk penjagaan kulit dan penjagaan badan yang bermutu tinggi.

personal-care-products

Produk Penjagaan Diri

Pembungkusan

Label dan pembungkusan yang cantik serta berkualiti turut memainkan peranan penting dalam penjenamaan dan pemasaran produk. Kami akan membantu para pelanggan untuk memilih pembungkusan yang mudah, menarik, harga yang berpatutan dan kualiti yang terbaik. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Pereka dalaman kami akan membantu anda untuk mereka bentuk pembungkusan produk anda mengikut citarasa anda sendiri.

Antara pembungkusan botol yang boleh diperolehi adalah :-

• TIUB LEMBUT
• BOTOL (TUDUNG Skru / TUDUNG FLIP
• BOTOL KACA DENGAN PENITITIK
• BOTOL SEMBUR
• BOTOL PAM
• BALANG
• BOTOL TANPA ANGIN (PAM / SEMBURAN)
• BOTOL P.E
• LAIN – LAIN PERMINTAAN

 

Anda berminat?

FASA 1:
Konsultasi Bersama Pelanggan

Konsultasi dan perbincangan mengenai pilihan produk, objektif produk, keunikan produk, identiti bisnes, hala tuju bisnes, dan penerangan proses OEM.

FASA 2:
Berikan Butiran Produk

Pelanggan / pengasas perlu membuat pemilihan dan mengenal pasti jenis produk OEM yang ingin dikeluarkan berdasarkan kepada katalog yang diedarkan kepada mereka. Maklumat terperinci perlu dinyatakan seperti bilangan kuantiti produk, jenis produk, formulasi dan penggunaan jenis pembungkusan yang diperlukan.

FASA 3:
Kajian & Pembangunan Produk (R&D)

Jika anda mempunyai formula kosmetik anda sendiri, pasukan profesional kami akan berkomunikasi dengan anda untuk mengesahkan semua keperluan dan membuat sampel seperti yang anda perlukan. Selepas sampel siap, kami akan menghantar kepada anda untuk pengesahan. Selepas kelulusan sampel selesai dilakukan, pesanan pengeluaran besar-besaran boleh diatur. Pada peringkat ini, proses R&D akan dijalankan bagi mendapatkan hasil formulasi yang unik, stabil, dan berkualiti menepati keperluan pengguna melibatkan ujikaji makmal dan percubaan ke atas pengguna.

FASA 4:
Kos & Perbicangan Akhir

Pada peringkat ini, pihak FR Qaseh kami akan mengeluarkan sebut harga berdasarkan kepada pesanan belian yang telah dipersetujui pada perbincangan awal. Deposit pendahuluan 50% dari jumlah bayaran akan dikenakan jika pelanggan bersetuju untuk membuat produk. Lebihan baki bayaran 50% lagi pelru dibayar setelah produk siap & sedia untuk dipos.

FASA 5:
Proses Pengeluaran Produk

Kami memulakan pengeluaran produk anda mengikut keperluan anda dengan melaksanakan Amalan Pengilangan Baik. Kami juga akan membantu dokumentasi untuk pensijilan kepada badan berwajib. Produk yang telah siap sedia untuk dihantar ke rangkaian pengedaran anda atau alamat yang ditentukan.